nufnang

Saturday, October 31, 2009

Friday, October 30, 2009

GAMBAR SEKITAR ANUGERAH ILHAM DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Sesi sidang akhbar berlangsung

TPM, Menteri Luar Bandar dan Wilayah dan Menteri Besar Johor

Tempat Ke-3 diungguli oleh Kampung Mawai Baru

Menteri Luar Bandar dan Wilayah menyampaikan ucapan

Timbalan Perdana Menteri menyampaikan ucap utama

Thursday, October 29, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH ILHAM DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Tarikh : 28 OKTOBER DAN 29 OKTOBER 2009
Hari : Rabu dan Khamis
Tempat : Padang Awam Kampung Mawai Kota Tinggi
Anjuran : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Majlis perasmian oleh : Tan Sri Muhyiddin Yassin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KEKUATAN BAHASA PADA NAHUNYA..

Blogger ajahare said...

tuan munsyi,
maafkan saya terkeluar tajuk..
minta tolong perjelaskan ayat di bawah:

Jam tangan itu cantik____harganya mahal.

Ramai rakan sejawat kata, jawapannya "tetapi".Saya menyatakan bahawa ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang digabung melalui 2 ayat tunggal iaitu :
-jam itu cantik
-jam itu harganya mahal

Jadi, jawapan yang saya berikan ialah " dan ". Kata hubung "tetapi" boleh digunakan jika ayatnya begini, Jam tangan itu cantik tetapi harganya murah. Betul ke alasan yang saya berikan kepada rakan-rakan tu..

9:19 AM

Blogger Azhar Salleh said...

Salam AJAHARE,
Sekali baca, memang seolah-olah jawabannya ialah "tetapi". Namun jika dihalusi, "tetapi" akan menjurus kepada pertentangan maklumat atau fakta. Contoh lain yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan; Ahamd lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Ahmad lulus, adiknya gagal, jelas memperlihatkan pertentangan maklumat. Cantik dan mahal tidak menunjukkan pertentangan maklumat kerana yang cantik sudah semestinya mahal. Jadi, jawapan saudara kepada rakan sejawat adalah betul.

8:32 AM


Wednesday, October 28, 2009

GUNA APA YANG ADA DI DEPAN MATA..

Tiada apa yang istimewa foto di atas, tapi cuba anda teliti imej yang terbentuk dalam foto ini..mungkin ada sedikit keunikan. Sebenarnya untuk menghasilkan imej seperti ini memerlukan sedikit kemahiran dalam aspek fotografi tetapi tidak semestinya menggunakan peralatan yang canggih. Saya sekadar mencuba menggabungkan lensa kamera 'hand phone' dengan teropong mainan budak-budak sahaja, maka terhasillah imej di atas..anda boleh cuba!

Saturday, October 24, 2009

ULASAN ENTRY-UNTITLED-MAZIDUL AKMAL SIDIK 360-TV3

ajahare berkata...
yang tersurat:-teratak nampak uzur, tapi ada kemudahan astro

yang tersirat :sesusah manapun hidup manusia, manusia masih boleh menikmati kemanisan hidup
Sabtu, 2009 Oktober 24 20:13:00 MYT

Mazidul Akmal Sidik berkata...
Ajahare, kekadang dalam mendepani kesukaran hidup, manusia kerap memburu hiburan.

Wednesday, October 14, 2009

ORANG DAHULU LEBIH KREATIF ?



ALAT MUZIK
ORANG DAHULU..
Kadang kala kita perlu mengakui hakikat bahawa masyarakat Melayu dahulu lebih kreatif berbanding generasi sekarang. Kita imbas zaman dahulu, mana ada budak-budak dahulu bermain sebarang permainan yang dibeli di kedai..kalau nak belipun, berapa ramai yang mampu beli barang-barang permainan tersebut di kedai?

Budak-budak dahulu reka cipta apa sahaja untuk menjadikan permainan mereka. Contohnya nak main kereta, mereka rekacipta kereta daripada kotak rokok, nak main ' tembak-tembak' mereka cipta senapang daripada papan..habis papan yang hendak dibuat rumah, mereka kerjakan.Kalau nak diceritakan memang banyak dan panjang lebar kisah budak-budak dahulu tentang kekreatifan mereka.Cuba kita timbulkan persoalan tentang kekreatifan budak-budak sekarang? Susah hendak mencari budak-budak yang betul-betul kreatif sebab banyak faktor mempengaruhi kelembapan kreativiti mereka. Contohnya, mereka dilahirkan dalam keadaan serba ada..sebut aje permainan jenis apa, tak payah susah-susah, cari aje kat kedai. Kebanyakan ibu bapa sekarang mampu nak belikan anak barang permainan..jadi anak tak susah-susah nak mereka cipta. Entahlah..fikir-fikirkan..















INILAH YANG DINAMAKAN " TETIUP "















INI PULAK " KEKUMBANG "














DAUN KELAPA BOLEH DIANYAM MENJADI KETUPAT JANTUNG
LEPAS TU BOLEH BUAT JUGA ALAT MUZIK TRADISIONAL SEPERTI TETIUP DAN KEKUMBANG















SERONOK BRO..MAIN KEKUMBANG..PUSING-PUSING GITU..

Tuesday, October 13, 2009

CADANGAN TAJUK UNTUK PROGRAM 360-MAZIDUL AKMAL -TV3

SALINAN ULASAN SAYA UNTUK :
BLOG : MAZIDUL AKMAL-360 TV3
ENTRY : TOLONG SAYA
ajahare.blogspot.com berkata...
Saya mencadangkan agar tajuk : Kesalahan Bahasa Satu Jenayah ?Rasionalnya :1. Bulan Oktober sebagai bulan Bahasa Kebangsaan2. Kepincangan bahasa dalam papan-papan iklan( sekadar contoh ) sewajarnya diberi teguran yang lebih keras kerana terdapat segelintir masyarakat negara kita tidak ambil peduli, walaupun aspek bahasa mempunyai aktanya..3. Kita menyokong usaha kerajaan ke arah 1Malaysia..kenapa kita tidak memantapkan bahasa ke arah 1 bahasa ..itukan kunci perpaduan sebenarnya.
Selasa, 2009 Oktober 13 08:27:00 MYT

HARAP-HARAP EN.MAZIDUL FIKIR-FIKIRKAN...

Thursday, October 8, 2009

KOLEKSI KARYA 1997..




















Tajuk : Lelaki Akhir Abad Ini
Siaran :Julai 1999 - JELITA m.s 175




















Tajuk : Rinduku Tak Bermusim
Siaran :Disember 1997 - Seri Dewi & Keluarga m.s 138















Tajuk : Muhasabah 1
Siaran :Julai 1997 - JELITA m.s 187




















Tajuk : Merdeka Ini..
Siaran :Januari 1997 - JELITA m.s 244



Wednesday, October 7, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Bulan Bahasa Kebangsaan
Oktober Diisytiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan

Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

“Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita,” katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini , Selasa.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema “Bahasa Jiwa Bangsa” itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.

“Kerajaan juga akan memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara mulai tahun depan sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi,” kata Muhyiddin.

Katanya anugerah tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan adalah berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan sedia ada yang berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara selama ini.

“Persepsi bahawa bahasa kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan merupakan tanggapan yang meleset,” katanya sambil merujuk kepada pelaksanaan dasar baru dalam sistem pendidikan bagi memartabatkan bahasa Malaysia disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus,” katanya.

Muhyiddin meminta institusi pengajian tinggi, agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan berkerjasama menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.

Di samping itu, katanya, usahasama strategik dengan masyarakat penutur bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura boleh diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaannya sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata ada peluang yang baik untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam lingkungan yang lebih luas berikutan kedudukan bahasa Melayu pada tempat kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300 juta orang pada masa kini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada program Bulan Bahasa Kebangsaan untuk mempopularkannya.

Walaupun Sarawak memperjuangkan bahasa Malaysia lebih lambat dibandingkan di Semenanjung, beliau berkata ia telah menjadi satu kaedah penyatuan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini, yang mempunyai pelbagai loghat dan bahasa.

BERNAMA

Petikan Dari :http://www.sabahdaily.com/


Tuesday, October 6, 2009

RAYA DAHULU, RAYA KINI..





















Tajuk Perbincangan : Raya Dahulu, Raya Kini
Panel Pengulas : Emak Aku, sekali sekala aku menyampuk juga..
Bahasa yang digunakan : Bahasa SMS, Bahasa Separuh Pasar..


**PERSIAPAN MENYAMBUT HARI RAYA :

Dahulu :
- dibuat secara sederhana dan ala kadar kerana rata-rata orang tidak mampu..mana ada orang kampung yang kaya masa tu..kalau adapun seorang dua aje.. yang penting bersungguh-sungguh dan ikhlas buat keja.

Sekarang :
-biasalah dibuat secara berlebih-lebihan..benda tak pentingpun kadang-kadang dibeli..alasan biasa..raya setahun sekali apa salahnya..



** KUIH RAYA

Dahulu :
-menyediakan semua kuih tradisional yang memerlukan cabaran dan pengorbanan tenaga untuk membuatnya mana tidaknya nak buat dodol sekurang-kurangnya memerah tenaga sehari suntuk..abis keluar peluh jantan..nak buat kuih baulu..sakit mata dibuatnya sebab masuk asap dapur kayu..dan bla..bla..

Sekarang :
- apa lagi kuih" tunjuk" lah jawabnya ..kalau ada kuih tradisionalpun xlah menampakkan keasliannya..apa xnya..kalau dodol mesin yang kacau..kalau baulu..oven yang bakar

** UCAPAN HARI RAYA

Dahulu :
- baru seminggu puasa, dah sibuk hantar kad raya kepada kawan-kawan, sedara- mara xkira yang jauh ke ..yang dekat ke..terasa kemeriahannya

Sekarang :
- hantarlah ucapan melalui SMS, MMS, emel dan sebagainya..lepas baca 'delete' cepat-cepat takut ' inbox' penuh..

** LAUK RAYA..

Dahulu :
- pastinya ' ayam kampung ' menjadi sasaran untuk dibuat rendang ke..lauk kari ke..fuh sedapnya..bukan selalu, setahun sekali makan sedap sikit.
-kalau keluarga yang xmampu tu.. buat kari " ayam cap sardin " aje.. dari produk sardin cap ayam..bukan apa, orang kampung dahulu memang cukup susah..

Sekarang :
-asyik-asyik ayam bandar yang kena 'enjek' tu..dah x 'lalu' nak telan, hari-hari makan ayam tu..mana xmuak..

** DUIT RAYA..
Dahulu :
- budah-budak pegi rumah orang xmengharapkan duit raya..mana depa dapat duit raya..niat depa hanya nak makan kuih raya dengan air sirap..tu aje..sebab kalau mintak duit raya kat tuan rumah pun comfirm xdapat.. dan yang penting budak-budak ni faham konsep ziarah syawal.

Sekarang :
-wujudlah generasi yang meminta sedekah di bulan syawal..apa xnya, pegi rumah orang kerana nak duit raya.. kuih raya..no, air sirap no.., kalau duit raya..yes, cuba tuan rumah xbagi..selagi tu tak angkat punggung minta permisi..apelah nak jadi generasi sekarang..janganlah samakan duit raya tu dengan angpau raya cina..

APA-APA PUN KATA EMAK AKU..RAYA TETAP ADA KEBERKATNYA TIDAK KIRA DAHULU ATAU SEKARANG , YANG TERHAKIS HANYALAH KEMERIAHANNYA..
Wallahualam..

SYOKNYA RAYA II..

RAKAN SEKERJA..BUJIL DAN IMAN SETTING LAGU RAYA

AKU KAYA..
KAD TRANSIT..LEBUH RAYA E22

BAJU MELAYU TELOK BELANGA..
MY FAMILY..

Monday, October 5, 2009

KOLEKSI SYOKNYA RAYA...

makan-makan kat hutan bandar jb..


anak-anakku sayang

model ubat batuk cap ibu dan anak..


pak cik dee- sempat bermesra semasa hari raya pertama : hari raya ke -16 berada di Padang, Sumatera bersama 11 orang pakar perubatan ..fasa 2 misi kemanusiaan malaysia




sebahagian dpd ahli keluargaku..