nufnang

Tuesday, April 27, 2010

TERINGAT CERITA NENEK ( 1)


Sebelum melelapkan mata, aku sering mendengar cerita nenek tentang kehebatan orang seangkatan dengannya menjaga ekonomi keluarga. Walaupun, hidup mereka rata-rata 'kais pagi makan pagi' namun,mereka masih mampu untuk menyara keluarga, menghantar anak ke menara gading malah mereka mampu menunaikan haji. Kata nenek lagi, orang dahulu pandai berjimat, walaupun dapat sedikit , mereka masih lagi mampu untuk menabung. Sebab itulah, orang dahulu berjaya mengendalikan keluarga. Orang dahulu tidak pernah risau jikalau tidak ada lauk untuk makan.Pucuk ubi rebus dengan sambal belacanpun dianggap menu yang menyelerakan.

Kata-kata nenek aku tu, masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini, walaupun nenek sudah lama pergi. Sambil menghela nafas, aku terfikir pulak macammanalah pulak orang sekarang termasuklah aku menguruskan ekonomi keluarga..boleh ke tiru macam orang dahulu?

Kata orang, lain hulu lain parang, lain dahulu lainlah sekarang...


Monday, April 5, 2010

TEAM BOLA SEPAK BAWAH 12 KOTA TINGGI


Semasa 'warm-up ' sebelum perlawanan menentang Team Segamat



Coach 'hangin' selepas anak buah hanya seri dengan team Segamat ( 2-2 )